Monday, 11 April 2016

Must Have Skin Care- TimeWise Miracle

Nak kulit cantik flawless tak??

Kalau nak la kan, 3 produk ini sudah memadai sebagai asas keperluan bagi kulit wajah kita! Ia merawat kulit menjadi sihat, cerah, bebas jerawat, jeragat serta anti penuaan.

1. Cleanser sebagai pencuci. Cuci lah wajah 2 atau 3 kali sehari. Pagi, tengahari (jika solat) dan petang. Pastikan wajah bebas mekap sebelum tidur. Pastikan wajah betul2 bersih dicuci terutama bila terdedah dengan sinar uv atau habuk kotoran sebab kita tak nak kotor...an dan habuk terus melekat pada wajah.

2. Moisturizer sebagai melembap. Tahukah anda bahawa pelembap bukan sahaja perlu untuk melembapkan kulit. Tetapi ia berfungsi sebagai lapisan perlindungan daripada habuk tersumbat ke pori dan juga membantu pengawalan kelembapan kulit. Jika tiada pelembap, hydrasi atau air yang terkandung dalam kulit akan disejat keluar. Kulit akan bertambah kering. Ada waktunya sistem tubuh badan kita mengeluarkan minyak berlebihan untuk menggantikan lembapan di wajah bila kulit menjadi terlalu kekurangan air. .

3. Mask sebagai membuang sel kulit mati . Gunakan masker atau scrub 2 kali seminggu. Seeloknya lakukan pada waktu malam. Kenapa? Kerana selepas mask atau scrub, kulit kita jadi sangat lembut dan waktu malam kulit kita bekerja lebih keras untuk hasilkan kulit baru. Pastikan wajah sudah dibersihkan sebelum memakai masker. 


 Selepas itu, baru lah boleh ditambah dengan produk tambahan seperti serum, cc cream serta devices (skinvigorate brush) untuk wajah. .
Simple and senang je nak jaga kulit kan? Semuanya terletak pada diri anda. Rajin atau malas.

Pm saya untuk kelas penjagaan wajah dan konsultasi percuma. Saya akan guide anda.





Must Have Skin Care- TimeWise Miracle

No comments:

Post a Comment